Lencana Sekolah

Moto: "Berilmu, Berdisiplin, Berbakti"

  • Warna Biru Tua: Perpaduan semua warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum.
  • Warna Merah: Keberanian dan bersedia untuk menghadapi cabaran semasa dan yang akan mendatang.
  • Warna Putih: Kesucian dan keikhlasan untuk meningkatkan nama baik sekolah.
  • Empat gelung berwarna Hijau, Merah, Kuning dan Biru: Melambangkan semangat untuk meningkatkan nama sekolah dalam aktiviti kokurikulum. Warna-warna itu juga melambangkan empat buah rumah sukan yang ada di sekolah ini.
  • Anak Bulan dan Bintang: Raja berperlembagaan dan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
  • Buku: Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 3 sebagai pusat ilmu.

Lagu Sekolah

SMK Seremban 3
Puncak ilmu abadi
Tersergam pesona
Menuju cita

SMK Seremban 3
Gedung wawasan kita
Berjanji Bersatu
Demi negara

Kami kan berusaha
Hingga berjaya
Tanpa rasa jemu
Kami berusaha

SMK Seremban 3
Puncak ilmu abadi
Tersergam pesona
Menuju cita

Lagu: Samsudin Ahmad | Lirik: Jamaluddin Ahmad