Sejarah SMK Seremban 3

SEJAK PENUBUHAN SEHINGGA KEADAAN TERKINI

Pada Mei 2013, En Yazid binYusof telah dilantik sebagai caretaker merupakan guru pertama yang ditugaskan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 3. Pada 8 Mei 2013, Pn Noridayu binti Mohd Nordin merupakan pembantu tadbir sekolah melaporkan dir untuk bertugas. En Jamaluddin bin Ahmad pula melaporkan diri sebagai Pengetua pada 28 Mei 2013. Mesyuarat guru kali pertama telah diadakan pada 14 Jun 2013 yang turut dihadiri oleh En Mohd Sah bin Zainal Abidin, Pegawai Pendidikan Daerah Seremban dan beberapa orang pegawai PPD Seremban.

Kumpulan murid yang pertama mendaftarkan diri di sekolah ini adalah pada 17 Jun 2013 iaitu hari pertama persekolahan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 3. Bilangan murid pada hari pertama ialah seramai 142 orang iaitu 70 orang murid Tingkatan 1 dan 72 orang murid Tingkatan 2. Kebanyakan murid datang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mewah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau. Bilangan guru pula seramai 10 orang termasuk Pengetua. Bilangan murid bertambah menjadi 152 orang menjelang berakhirnya sesi persekolahan 2013 manakala bilangan guru bertambah menjadi 16 orang termasuk pengetua, tiga orang penolong kanan, dua orang guru kanan mata pelajaran, seorang kaunselor dan tiga orang staf sokongan.

Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 3 mempunyai 644 orang murid, 43 orang guru serta 7 orang AKP. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 3 pada masa kini ialah Pn Siamala a/p Govindan.