Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Wawasan KPM

Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera


Hala Tuju KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Bermutu untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara


Motto Sekolah

WHEN VISION IS CLEAR, ACTION BECOME EASIER


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Menekankan pembentukan pelajar seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani untuk memenuhi aspirasi pendidikan negara.